Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KEPIMPINAN LANS KOPERAL SIRI 2/2021

knp lkpl.jpg

PENANJONG GARISON, JUMAAT 12 NOVEMBER 2021 – Seramai 35 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah menamatkan kursus Kepimpinan Lans Koperal Siri 2/2021 pada hari ini di Majlis Penutupan yang berlangsung buat julung kalinya secara dalam talian.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis tersebut ialah Mejar Dyg Siti Nur ‘Afiqah binti Haji Awg Morsidi, Pegawai Memerintah Pusat Evolusi, IL ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh salah seorang peserta kursus, 18393 Pemangku Lans Koperal Md Shahruni bin Hj Abd Karim, Tentera Darat Diraja Brunei. Majlis kemudian diteruskan dengan Ucapan rasmi Penutupan Kursus Kepimpinan Lans Koperal Siri 2/2021 oleh Tetamu Kehormat majlis.

Kursus yang dijalankan selama dua (02) minggu dengan tujuan untuk memberikan pendedahan tentang aspek-aspek kepimpinan selaras dengan transformasi daripada peringkat Soldadu ke rangkaian pemerintahan bawahan sebagai permulaan. Ianya juga bagi membentuk dan melatih PTB Rendah berpangkat Lans Koperal agar memahami tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin bawahan di dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Di samping mendidik PTB Rendah berpangkat Lans Koperal yang berkualiti serta berkeupayaan dalam melaksanakan tugas dengan menerapkan potensi diri sebagai pemimpin yang berkeyakinan dengan berpandukan nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan ciri-ciri kepimpinan.
lkpl.jpg