Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

KEMPEN MEMBERSIHKAN MASJID SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN ABDB

mmbrsihkan masjid 2.jpeg

TUTONG, Selasa, 13 Julai 2021 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengendalikan kempen kebersihan di Masjid Kampong Kupang sebagai salah satu program khidmat masyarakat sempena Sambutan Jubli Intan ABDB.

Seramai 14 anggota IL ABDB telah menyumbangkan tenaga bagi menjayakan kempen tersebut. Kempen membersihkan masjid ini adalah sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan yang dikendalikan di bawah semua unit ABDB dan Jabatanarah Kementerian Pertahanan sebagai memupuk rasa tanggungjawab bagi sesama umat Islam untuk tidak camah mata membiarkan kawasan tercemar dengan sampah sarap di merata tempat, terutama sekali lagi di kawasan masjid yang sememangnya adalah rumah Allah dan tempat beribadat. Ianya juga sebagai sumbangan ABDB terhadap masyarakat secara amnya dan tempat-tempat beribadat, khasnya. Kempen ini sesuai dalam menangani protokol kebersihan mengikut prosedur pengawalan penyakit berjangkit COVID-19. 

Kempen membersihkan masjid ini dikendalikan selama 6 bulan dan di 60 buah masjid di seluruh Negara Brunei Darussalam.
mmbrsihkan masjid.jpeg
mmbrsihkan masjid 1.jpeg
mmbrsihkan masjid 4.jpeg
mmbrsihkan masjid 6.jpeg