Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PEMBUKAAN TADARUS AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADAN PERINGKAT PENANJONG GARISON BAGI TAHUN 1442/2021

‚Äčpuasa.jpg

Selasa, 13 April 2021 - Penanjong Garison hari ini mengadakan Majlis Pembukaan Tadarus serta bacaan Al-Quran bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan bagi tahun 1442H yang berlangsung di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan lain-lain peringkat dari unit Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei dan Gabungan Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei serta anggota-anggota rekrut.

Majlis dimulakan dengan sembahyang fardhu Isyak berjemaah, sembahyang sunnat terawih dan witir. Seterusnya majlis disambung dengan pelancaran Tadarus dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis dan diikuti dengan bacaan Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 16 beramai-ramai. Sejurus itu, bacaan ayat Suci Al-Quran dibacakan dan majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selepas Membaca Al-Quran dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Majlis tadarus ini diadakan sebagai acara keagamaan untuk menyemarakkan lagi malam-malam bulan Ramadan. Majlis serupa juga telah diadakan secara serentak di seluruh surau garison, perkhemahan dan pangkalan ABDB.
puasa 1.jpg