NEWS HEADLINES
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENYELIA DAN PENGAWAS PADANG TEMBAK SIRI 02/2020
PENANJONG GARISON, KHAMIS, 18 MAC 2021. Majlis Penutupan Kursus Penyelia dan Pengawas Padang Tembak Siri 02/2020 telah disempurnakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Haji Ali, Ketua Jurulatih, IL ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai jemputan dan jurulatih-jurulatih Institut Latihan ABDB. Seramai 39 orang anggota telah menghadiri kursus tersebut yang terdiri daripada dari Tentera Darat Diraja Brunei seramai 1 anggota, Kementerian Pertahanan seramai 14 anggota, Markas Angakatan Bersama seramai 4 anggota, Institut Latihan ABDB seramai 7 anggota, Regimen Pasukan Khas seramai 7 anggota, Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei seramai 2 anggota, Pasukan Polis Diraja Brunei seramai 4 anggota, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri seramai 1 anggota dan dari Jabatan Penjara seramai 1 orang. Kursus ini mengambil masa selama 8 minggu bermula dari 21 Januari 2021 sehingga 19 Mac 2021.
MAJLIS PENUTUP JUNIOR OFFICER TACTIC COURSE 2020
PENANJONG GARISON, JUMAAT, 19 MAC 2021 – Junior Officer Tactics Course sesi 2020 telah berakhir secara rasmi dengan satu majlis penutup di Mes Pegawai, Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Pemangku Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Turut hadir bagi majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai jemputan dari unit penuntut yang mengikut kursus tersebut.
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BAGI ANAK-ANAK ISTIMEWA SEMPENA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE 59
PENANJONG GARISON, Selasa, 23 Mac 2021 – Bersempena dengan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-59, Majlis Penyerahan Sumbangan bagi acara Anak-Anak Istimewa ABDB telah diadakan di Dewan Nik’mat Institut Latihan, Penanjong Garison pada hari ini.
WORKING VISIT BY COMMANDANT OF TRAINING INSTITUTE TO EXERCISE PAHLAWAN MUDA
PENANJONG GARRISON, Monday, 15 March 2021 – Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commandant of Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) and entourage made a working visit to Exercise Pahlawan Muda conducted by the Range Management Course (Combatant) 02/2020 (RMC 02/2020) at Binturan Range, Penanjong Garrison. A total of 39 course participants composing of personnel from RBAF, Royal Brunei Police Force, Brunei Prison Department and Internal Security Department participated in the week-long exercise from 09 March 2021 until 15 March 2021.
MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ PERINGKAT PENANJONG GARISON BAGI TAHUN 1442H/2020M
PENANJONG GARISON, Jumaat 12 Mac 2021 – Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj 1442H telah diadakan bertempat di Surau Al-Hikmah Penanjong Garison.
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP KURSUS BAGI KURSUS PERTENGAHAN DAN LANJUTAN PEMANDU SESI 2020
PENANJONG GARISON, Khamis 24 Disember 2020 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Pertengahan dan Lanjutan Pemandu Sesi 2020 telah sempurna dilaksanakan bertempat di bilik IVECO Cawangan Latihan Memandu Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Mejar Roziahani bte Mohd Jaya, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Memandu, Pegawai-Pegawai jemputan, Jemputan-Jemputan, PTB-PTB Kanan dan Jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Memandu Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.





