
PENANJONG GARISON, KHAMIS, 18 MAC 2021. Majlis Penutupan Kursus Penyelia dan Pengawas Padang Tembak Siri 02/2020 telah disempurnakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Haji Ali, Ketua Jurulatih, IL ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai jemputan dan jurulatih-jurulatih Institut Latihan ABDB. Seramai 39 orang anggota telah menghadiri kursus tersebut yang terdiri daripada dari Tentera Darat Diraja Brunei seramai 1 anggota, Kementerian Pertahanan seramai 14 anggota, Markas Angakatan Bersama seramai 4 anggota, Institut Latihan ABDB seramai 7 anggota, Regimen Pasukan Khas seramai 7 anggota, Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei seramai 2 anggota, Pasukan Polis Diraja Brunei seramai 4 anggota, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri seramai 1 anggota dan dari Jabatan Penjara seramai 1 orang. Kursus ini mengambil masa selama 8 minggu bermula dari 21 Januari 2021 sehingga 19 Mac 2021.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Imam Surau Al-Hikmah, Yang Mulia Imam Syakir Farhan bin Omar. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada penuntut-penuntut kursus di mana anugerah Penuntut Terbaik disandang oleh 21470 Sjn Salmiah binti Bidin dari Institut Latihan, ABDB. Manakala anugerah Terbaik Teori disandang oleh 16646 Pw2 Hj Mohd Ealme bin Hj Emran dari Kementerian Pertahana dan anugerah bagi Terbaik Amali disandang oleh 16790 Sjn Ajiman bin Hj Ismail dari Regimen Pasukan Khas. Majlis kemudian diteruskan dengan kata-kata penutup dan perasmian penutup kursus oleh Tetamu Kehormat.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan nilai tambah pengetahuan di dalam bidang pengurusan padang tembak secara terperinici di mana peserta kursus telah diberi panduan bagi perlaksanaan ujian atau latihan menembak peluru hidup di padang tembak ABDB. Disamping itu juga, kursus ini juga adalah salah satu kursus mandatori yang mesti dihadiri oleh pegawai-pegawai dan PTB Kanan ABDB