WhatsApp Image 2021-03-25 at 11.56.42 AM.jpeg

PENANJONG GARISON, Selasa, 23 Mac 2021 – Bersempena dengan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-59, Majlis Penyerahan Sumbangan bagi acara Anak-Anak Istimewa ABDB telah diadakan di Dewan Nik’mat Institut Latihan, Penanjong Garison pada hari ini.

Hadir sebagai tetamu kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Aldi bin Haji Hassan, Pemangku Komandan IL ABDB. Turut hadir bagi menyaksikan dan menyampaikan sumbangan tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Muhammad Suwardi Ariffin bin Pehin Dato Laksamana Dato Paduka Haji Abdul Latiff, Pegawai Pemerintah Regimen Pasukan Khas dan Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Md Alimin bin Haji Subohi, Pegawai Pemerintah Batalion Ke 3 Tentera Darat Diraja Brunei. 
Seramai 29 orang anak-anak istimewa warga ABDB telah diberikan sumbangan berupa wang ringgit dan kelengkapan sekolah. Pemberian tersebut ialah sumbangan dari Tabung Kebajikan ABDB dan penaja-penaja iaitu Persatuan Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB, Dewan Bahasa dan Pustaka, Syarikat Samima Sdn Bhd dan Syarikat AMJ Catering & Services.
Acara tahunan ini merupakan salah satu aktiviti khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh ABDB dalam usaha menanai budaya bersedekah dan tolong-menolong di kalangan warga ABDB. Antara lain, tujuan majlis tahunan ini diadakan adalah bagi meraikan dan mengeratkan silaturahim sesama warga ABDB bersama anak-anak istimewa, dan memupuk rasa prihatin dan tanggungjawab dalam memeduli golongan-golongan Orang-Orang Kurang Upaya (OKU) dan Orang-Orang Berkeperluan Khas (OBK). Dengan itu, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan sentiasa berusahan untuk mengambil berat terhadap kebajikan anggota-anggota dan ahli keluarga masing-masing.WhatsApp Image 2021-03-25 at 11.56.41 AM (1).jpeg
WhatsApp Image 2021-03-25 at 11.56.42 AM (1).jpeg
WhatsApp Image 2021-03-25 at 11.56.43 AM.jpeg

WhatsApp Image 2021-03-25 at 11.56.41 AM.jpeg

WhatsApp Image 2021-03-25 at 11.56.40 AM.jpeg