NEWS HEADLINES
KULIAH SUBUH PENANJONG GARISON BERSAMA PENCERAMAH UNDANGAN
PENANJONG GARISON, JUMAAT 05 OKTOBER 2018 - Ceramah Kuliah Subuh telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustadz Muhammad Syafiq Al-Lutfy bin Ahmad daripada Jabatan Pengajian Islam yang telah berlangsung di Surau Al-Hikmah Penanjong Garison.
PERLAWANAN GOLF INTER-SERVICES ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI 2018
CLOSING CEREMONY OF THE INTERMEDIATE ENGLISH LANGUAGE COURSE SERIAL 2/2018
PENGURNIAAN BINTANG KEBESARAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BANDAR SERI BEGAWAN, SABTU 1 Sept 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan mengurniakan bintang-bintang kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 183 penerima sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-72 tahun di Istana Nurul Iman.
PENUTUP KURSUS PEGAWAI PENTADBIR REJIMENTAL 2018
PENANJONG GARISON, ISNIN 3 SEPTEMBER 2018 - Seramai 8 pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah menamatkan Kursus Pegawai Pentadbir Rejimental 2018 yang telah dijalankan selama 4 minggu, kursus ini yang pertama kali diadakan dan dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kerani IL ABDB. Majlis penutup Kursus Pegawai Pentadbir Rejimental 2018 berlangsung di Bilik Kuliah, Sekolah Infantri Institut Latihan ABDB.
ACARA RIADAH BERBASIKAL HARI BELIA KEBANGSAAN 2018
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad 2 Sept 2018 – Sambutan Hari Belia Kebangsaan disambut setiap tahun pada 1 Ogos. Pada tahun ini, Sambutan Hari Belia Kebangsaan ke-13 dianjurkan oleh Kementerian Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan Acara Riadah Berbasikal Belia Kebangsaan. Kementerian Pertahanan dan ABDB tidak terkecuali turut menceriakan dan memeriahkan suasana di Bandar Seri Begawan dengan menyertai Acara tersebut.





