PENANJONG GARISON, JUMAAT 05 OKTOBER 2018 - Ceramah Kuliah Subuh telah disampaikan oleh Yang Mulia Ustadz Muhammad Syafiq Al-Lutfy bin Ahmad daripada Jabatan Pengajian Islam yang telah berlangsung di Surau Al-Hikmah Penanjong Garison.
Hadir dimajlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Timbalan Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pegawai Pemerintah Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei, Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah yang bertugas di Penanjong Garison.

Majlis dimulakan dengan sembahyang fardhu suboh berjemaah diikuti dengan Kuliah Subuh dan juga membaca Surah Al-Quran (Al-Kahfi ayat 1-110) yang di bacakan oleh 16791 Sjn Hj Md Yusri bin Hj Awg Yusof, Jabatan Agama ABDB yang telah ditempatkan di Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selepas menikmati jamuan ringan di Markas Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.