PENANJONG GARISON, ISNIN 3 SEPTEMBER 2018 - Seramai 8 pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah menamatkan Kursus Pegawai Pentadbir Rejimental 2018 yang telah dijalankan selama 4 minggu, kursus ini yang pertama kali diadakan dan dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kerani IL ABDB. Majlis penutup Kursus Pegawai Pentadbir Rejimental 2018 berlangsung di Bilik Kuliah, Sekolah Infantri Institut Latihan ABDB.Tetamu Kehormat bagi majlis ialah Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dan turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Ketua-ketua Cawangan dan jurulatih-jurulatih.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah pilihan dari peserta kursus seterusnya ucapan dari wakil peserta kursus. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil tamat kursus kepada peserta kursus dan sijil penghargaan kepada penceramah-penceramah jemputan. Seterusnya Majlis diteruskan dengan ucapan dari Yang Mulia Tetamu Kehormat majlis, diantara ucapannya menyatakan dengan menghadiri kursus ini para peserta kursus lebih kompeten dalam menjalankan tugas sebagai Pegawai Pentadbir unit dan diharapkan peserta kursus dapat mengaplikasikan apa yang telah diajar apabila kembali ke unit masing-masing. Bagi memberkati majlis, doa penutup dibacakan oleh wakil peserta kursus dan seterusnya sesi bergambar ramai.

