BERAKAS GARISON, SABTU, 6 OKTOBER 2018 – Perlawanan Golf Inter-Services Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Tahun 2018 telah diadakan pagi ini di Kelab Golf ABDB, Berakas Garison.
BERAKAS GARISON, SABTU, 6 OKTOBER 2018 – Perlawanan Golf Inter-Services Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Tahun 2018 telah diadakan pagi ini di Kelab Golf ABDB, Berakas Garison.Hadir selaku tetamu kehormat adalah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan II.
Perlawanan golf ini disertai oleh enam pasukan iaitu Pasukan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), Pasukan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Pasukan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Pasukan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Gabungan Pasukan Akademi Pertahanan ABDB dan Institut Latihan ABDB.
Dalam Gabungan Pasukan Akademi Pertahanan ABDB dan Institut Latihan ABDB, Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan ABDB merupakan salah seorang yang mengambil bahagian bersama dengan Mej Muhd Suradzin bin Haji Muhd Yusof, Mej Ruhaizmi bin Hj Rusli dan PW1 Semuil bin Apoi bagi mewakili Institut Latihan ABDB.
Pemenang Kategori Team Nett telah dijuarai oleh Pasukan TUDB, diikuti oleh TDDB di tempat kedua dan Pasukan KEMENTAH di tempat ketiga. Perlawanan juga telah mengutip bantuan sumbangan amal yang diserahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pesara ABDB dan Jabatan Agama ABDB. Penyampaian hadiah kategori Team Nett dan penyerahan sumbangan dana amal telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan II.