NEWS HEADLINES
RBAF ALPHA CHALLENGE 2018
PENGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Ahad 25 November 2018 – Seramai 20 anggota Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menyertai Perlawanan Alpha Obstacle Challenge 2018 di Pangkalan Tentera Udara Rimba. Acara dimulakan dengan sesi pemanasan badan oleh kesemua peserta perlawanan mengikut kategori masing-masing sebelum perlawanan dimulakan. Penyertaan pasukan-pasukan IL ABDB adalah didalam kategori 10KM berpasukan dimana terdapat 20 halangan (obstacles) yang memerlukan ketahanan fizikal dan kerjasama yang padu diantara peserta-peserta untuk merempuh halangan-halangan tersebut.
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS AKAUN PERKHIDMATAN ABDB SIRI 4/2018
Jumaat, 23 November 2018 - Majlis Penutupan Kursus Akaun Perkhidmatan ABDB Siri 4/2018 turut dihadiri oleh Jemputan Khas daripada Pengurus Mess Pegawai Tutong Kem, Penutup Kursus di -sempurnakan oleh Lt Kol Abdul Rajid Bin Haji Zainie, Ketua Sel Inspektorat Institut Latihan ABDB.
HARI PENGAJIAN KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI WARAN SESI 2018
PENANJONG GARISON, Khamis, 22 November 2018 – Hari Pengajian bagi Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Sesi 2018 telah berlangsung di Bilik Kuliah Halbi, Pusat Evolusi IL ABDB. Tetamu Kehormat bagi Hari Pengajian tersebut ialah Yang Mulia, Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
MAJLIS PERARAKAN MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W BAGI TAHUN 1440H/ 2018M BAGI DAERAH TUTONG
TUTONG, Selasa, 20 November 2018 – Penduduk Daerah Tutong berkumpul pada hari ini di kawasan lapang Dewan Kemasyarakatan Tutong sempena perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W. Pasukan ABDB didalam perarakan ini disertai oleh 35 orang pegawai dan 799 anggota lain- lain peringkat yang diketuai oleh Pemangku Ketua Jurulatih Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), 444 Mejar Muhd Suradzin bin Haji Muhd Yusof @ Yuju.
MAJLIS PENUTUP DIKIR MAULUD DI PENANJONG GARISON
PENANJONG GARISON, Isnin, 19 November 2018 – Majlis penutup bagi Dikir Maulud yang diadakan selama 12 malam berturut-turut telah diadakan secara serentak di semua surau di seluruh perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Manakala, Majlis Dikir Penutup Bagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W Peringkat Penanjong Garison telah diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
MAJLIS PENUTUP KURSUS ELEMENTARI BAHASA INGGERIS SIRI 2/2018
Pusat Evolusi, Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison, 19 Oktober, 2018 – Pegawai Pemimpin Pusat Evolusi, Mejar Ernie Ermawati binti Mohd Erman telah mengakhiri Kursus Elementari Bahasa Inggeris Siri 2/2018 yang bermula dari 19 Oktober hingga 19 November 2018 di Pusat Evolusi, Institut Latihan ABD

