Pic Alpha 1PENGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Ahad 25 November 2018 – Seramai 20 anggota Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menyertai Perlawanan Alpha Obstacle Challenge 2018 di Pangkalan Tentera Udara Rimba. Acara dimulakan dengan sesi pemanasan badan oleh kesemua peserta perlawanan mengikut kategori masing-masing sebelum perlawanan dimulakan. Penyertaan pasukan-pasukan IL ABDB adalah didalam kategori 10KM berpasukan dimana terdapat 20 halangan (obstacles) yang memerlukan ketahanan fizikal dan kerjasama yang padu diantara peserta-peserta untuk merempuh halangan-halangan tersebut. 
Penyertaan IL ABDB didalam perlawanan ini diwakili oleh sebanyak 4 pasukan, iaitu 01 pasukan Gabungan Pegawai Askar Wanita Penanjong Garison, 01 pasukan Kursus Pegawai Waran IL ABDB, 01 pasukan Jurulatih Genap Kompeni Rekrut IL ABDB dan 01 pasukan Jurulatih Ganjil Kompeni Rekrut IL ABDB. Setiap pasukan terdiri daripada 05x anggota pemain.
Perlawanan Alpha Obstacle Challenge 2018 dianjurkan bersempena Hari Ulangtahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang ke 57 tahun pada tahun ini.
Pic Alpha 2
Pic Alpha 4
Pic Alpha 5

PIc Alpha 6