Jumaat, 23 November 2018 - Majlis Penutupan Kursus Akaun Perkhidmatan ABDB Siri 4/2018 turut dihadiri oleh Jemputan Khas daripada Pengurus Mess Pegawai Tutong Kem, Penutup Kursus di -sempurnakan oleh Lt Kol Abdul Rajid Bin Haji Zainie, Ketua Sel Inspektorat Institut Latihan ABDB.Dalam ucapan penutup beliau perkara yang ditekankan sebagai seorang Juru Akaun haruslah mempunyai sifat Jujur dan Amanah dalam melaksanakan perkerjaan sehari yang bersangkut-paut didalam hal-hal Perakaunan Kewangan. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan didalam pengendalian Perakaunan Mes, Selain daripada itu juga, kursus ini membolehkan para anggota untuk dinaikkan ketahap yang lebih tinggi lagi didalam Perjawatan Unit masing-masing.
Dengan adanya ilmu dan kemahiran yang ditimba semasa berkursus mestilah dipraktikkan semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab di Unit masing-masing. Semoga ianya dapat dijalankan dengan jayanya serta mencapai ke matlamat yang dihasratkan.
Peserta kursus terbaik keseluruhan bagi Kursus Akaun Perkhidmatan ABDB Siri 4/2018 disandang oleh 1032 Lt Dya Nurul Hairani Binti Haji Abdul Hamid daripada TLDB. Majlis selesai pada jam 1030 Pagi.