TUTONG, Selasa, 20 November 2018 – Penduduk Daerah Tutong berkumpul pada hari ini di kawasan lapang Dewan Kemasyarakatan Tutong sempena perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W. Pasukan ABDB didalam perarakan ini disertai oleh 35 orang pegawai dan 799 anggota lain- lain peringkat yang diketuai oleh Pemangku Ketua Jurulatih Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), 444 Mejar Muhd Suradzin bin Haji Muhd Yusof @ Yuju.Kekuatan kehadiran pasukan ABDB semasa perarakan tersebut terdiri daripada unit Institut Latihan, keramaian pegawai adalah seramai 31 anggota dan 661 anggota dari lain- lain peringkat. Dari Batalion kedua Tentera Darat Diraja Brunei, dua orang pegawai dan 95 anggota lain- lain peringkat. Keramaian anggota dari Khidmat Bantu Kombat pula adalah seramai dua orang pegawai dan 43 anggota lain- lain peringkat.
Sambutan maulud pada tahun ini membawa tema “Tarbiyah Rasulullah Membawa Rahmat Dalam Berkeluarga”.
