NEWS HEADLINES

UPACARA PERBARISAN TAMAT LATIHAN REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-157

PENANJONG GARISON, Jumaat, 23 Disember 2016 – Upacara Perbarisan Tamat Latihan bagi seramai 152 anggota rekrut lelaki pengambilan ke-157 telah berlangsung di Padang Kawad Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison. Hadir selaku Pegawai Menerima Tabik Hormat ialah Yang Mulia Shaikh Haji Fadilah bin Shaikh Haji Ahmad, Setiausaha Tetap (Politik) Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

read more

THE OPENING CEREMONY FOR THE PLATOON COMMANDER COURSE 2016

Penanjong Garison, Selasa 13 Dis 2016 - Majlis Perasmian bagi Kursus Ketua Platun 2016 telah diadakan di Penanjong Garison. Majlis dipengerusikan oleh Yang Mulia Kapt Mohammad Asri Bin Haji Awang Ahmad, Ketua Cawang Latihan Taktik, Sekolah Infantri, IL ABDB. Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Mulia Mej Kamrin Bin Hj Damit, Pemangku Pegawai Memerintah, Sekolah Infantri, IL ABDB. Kursus ini telah disertai oleh 18 pegawai berpangkat Leftenan dari pelbagai unit dalam ABDB

read more

MAJLIS MALAM PENUTUP DIKIR MAULUD NABI MUHAMMAD SAW PERINGKAT PENANJONG GARISON BAGI TAHUN 1438 HIJRAH 2016 MASIHI

PENANJONG GARISON, AHAD 11 DISEMBER 2016 –  Sempena memperingati keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alihi Wa Salam, Penanjong Garison gabungan diantara Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei(BN BANTU TDDB) dan Markas Garison telah mengadakan acara Penutup Majlis Dikir Maulud di surau Al-Hikmah Penanjong Garison. Majlis Dikir Maulud Nabi telah berlangsung selama 12 malam berturut-turut bermula dari 11 Disember 2016M bersamaan dengan 11 Rabiulawal 1438H acara malam ini adalah bagi menandakan penutup Majlis Dikir Maulud bagi tahun ini.

read more

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KETUA KOMPENI, PLATUN SARJAN DAN PENOLONG KETUA SEKSYEN BAGI TAHUN 2016

PENANJONG GARISON, JUMAAT 02 DISEMBER 2016 -  Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menjalankan lagi Penutupan Kursus Ketua Kompeni, Platun Sarjan dan Penolong Ketua Seksyen bagi Tahun 2016 pada Hari Jumaat, 02 Disember 2016. Majlis Penutupan Kursus ini dirasmikan oleh Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Hj Lampoh, Komandan Institut Latihan ABDB bertempat di Kompleks FIBUA IL ABDB.

read more