PEKAN TUTONG, ISNIN 12 DISEMBER 2016 - Seramai 507 orang Pegawai dan Lain-lain peringkat IL ABDB serta 328 orang daripada Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei(BN 2 TDDB) terlibat sama dalam Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi Daerah Tutong bagi tahun 1438H bersamaan 2016H.
Pasukan IL ABDB bersama BN 2 TDDB diketuai oleh Yang Mulia Mej Pg Hasroul Bahrie bin Pg Mohammad Yusof, Peg Gerakan dan Latih BN 2 TDDB selaku ketua pasukan. Sebanyak 22 pasukan telah mengikuti bagi perhimpunan dan perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, acara di mulakan dengan Bacaan Doa Selamat dan selawat 3 kali, Perarakan dimulakan dengan didahului oleh Pasukan Tetamu Khas, Ahli-Ahli Jawatankuasa dan para jemputan khas dan diikuti oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.
Tema bagi majlis perhimpunan dan perarakan sempana Maulud Nabi Muhammad bagi 1438 Hijrah bersamaan dengan 2016 Masihi ialah “Berwawasan yang berkah dengan bercontoh kepada Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam




