PENANJONG GARISON, AHAD 11 DISEMBER 2016 – Sempena memperingati keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alihi Wa Salam, Penanjong Garison gabungan diantara Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei(BN BANTU TDDB) dan Markas Garison telah mengadakan acara Penutup Majlis Dikir Maulud di surau Al-Hikmah Penanjong Garison. Majlis Dikir Maulud Nabi telah berlangsung selama 12 malam berturut-turut bermula dari 11 Disember 2016M bersamaan dengan 11 Rabiulawal 1438H acara malam ini adalah bagi menandakan penutup Majlis Dikir Maulud bagi tahun ini.
Hadir sebagai tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Hj Awang Lampoh, Komandan IL ABDB. Juga hadir Yang Mulia Pg Mohammad Sufri bin Pg Hj Rosli Pegawai Pemerintah BN BANTU.
Acara dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh 18428 Kpl Izzat bin Hamdan, Bilal tetap Surau Al-Hikmah Penanjong Garison. Seterusnya diikuti dengan Solat Fardhu Maghrib dan Isyak berjemaah. Majlis diserikan dengan ceramah khas disampaikan oleh Ustaz Muhd Syafiq Al-Lutfy bin Ahmad, Guru Ugama di sekolah Menengah Tanjong Maya dengan ceramah yang bertajuk “Berwawasan Yang Berkat”. Acara diteruskan dengan dikir Marhaban serta doa penutup, selepas sahaja selesai mengerjakan Solat Fardhu Isyak berjemaah. Diakhiri dengan penyerahan cenderahati kepada penceramah undangan yang disampaikan oleh tetamu kehormat dan diiringi oleh pengerusi majlis. Acara yang sama juga diadakan secara serentak diseluruh surau-surau di perkhemahan ABDB.

