
Bandar Seri Begawan, Saturday, 30 August 2025 – The Training Institute of the Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) participated in the Gema Marhaban Luar outreach programme as part of the Ministry of Defence's activities in conjunction with the Maulidur Rasul celebration for the year 1447H.
The religious event was held at Sultan Omar 'Ali Saifuddien Mosque, Bandar Seri Begawan, and began with a congregational Maghrib prayer, followed by the recitation of Sayyidul Istighfar and Sirah Nabawiyah, recounting the life of Prophet Muhammad (SAW).
The event continued with the Dikir As-Salamualaika and Selawat Badriyah, leading into the Isyak prayer. This was followed by the Dikir Marhaban, and the recitation of Doa Dikir, Doa Peliharakan Sultan, and Negara Brunei Darussalam.
The meaningful night concluded with a group photo session, symbolising unity and spiritual reflection among all attendees.
INSTITUT LATIHAN ABDB SERTAI GEMA MARHABAN LUAR MAULIDUR RASUL 1447H
Bandar Seri Begawan, Sabtu, 30 Ogos 2025 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menyertai program Gema Marhaban Luar sebagai sebahagian daripada aktiviti Kementerian Pertahanan sempena sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1447 Hijrah.
Majlis keagamaan tersebut diadakan di Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan dan dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Sirah Nabawiyah yang mengisahkan riwayat hidup Rasulullah SAW.
Majlis diteruskan dengan Dikir As-Salamualaika dan Selawat Badriyah, seterusnya sembahyang fardu Isyak secara berjemaah. Acara kemudiannya disambung dengan Dikir Marhaban, diikuti bacaan Doa Dikir, Doa Peliharakan Sultan, dan Doa untuk Negara Brunei Darussalam.
Majlis yang penuh keberkatan ini diakhiri dengan sesi bergambar ramai sebagai lambang kesatuan dan penghayatan rohani dalam kalangan para peserta.


