NEWS HEADLINES

MAJLIS PENUTUP KURSUS LANJUTAN SAJIAN MAKANAN DAN KATERER SESI 2018

MAJLIS PENUTUP KURSUS LANJUTAN SAJIAN MAKANAN DAN KATERER SESI 2018

PENANJONG GARISON, KHAMIS, 10 MEI 2018Upacara Penutup Kursus bagi Lanjutan Sajian Makanan dan Katerer sesi 2018 telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Seramai 11 anggota telah menamatkan kursus tersebut yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei seramai 06 orang, 02 orang daripada Tentera Udara Diraja Brunei dan 3 orang daripada Institut Latihan ABDB. Kursus Lanjutan Sajian Makanan dan Katerer sesi 2018 ini berjalan selama 4 minggu yang dikendalikan Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB.

read more
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT PTB-PTB KANAN IL ABDB SIRI 2/2017

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT PTB-PTB KANAN IL ABDB SIRI 2/2017

PENANJONG GARISON, JUMAAT, 04 MEI 2018. Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 18 orang anggota Pegawai Waran dan Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison. Majlis tersebut telah diadakan bertempat di Mess Pegawai Waren, Staf Sarjan & Sarjan, Penanjong Garison yang dipengerusikan bersama oleh 11009 Pmk PW1 Mazlan bin Salleh daripada unit Sekolah Infantri dan 11831 Pmk PW1 Norkamal bin Haji Mohd Salleh dari Pusat Evolusi.

read more
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS AKAUN PERKHIDMATAN ABDB SIRI 1/2018

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS AKAUN PERKHIDMATAN ABDB SIRI 1/2018

PENANJONG GARISON, JUMAAT, 11 Mei 2018. Majlis Penutupan Kursus Akaun Perkhidmatan ABDB 1/2018 telah di sempurnakan oleh Yang Mulia Mejar Mohammad Borhanuddin bin Hj Abd Manaf, Pemangku Timbalan Pegawai Turus Logistik. Dalam ucapan penutup beliau menyentuh agar peserta kursus Ketua kerani Gaji sentiasa bersifat jujur dan amanah sekaligus menaikkan status unit masing-masing berlandaskan kepada peraturan buku panduan Gaji.

read more
MAJLIS PENUTUP KURSUS KETUA RONDA SIRI 10/2017

MAJLIS PENUTUP KURSUS KETUA RONDA SIRI 10/2017

PENANJONG GARISON, SELASA, 15 MEI 2018.
Majlis Penutupan Kursus bagi Kursus Ketua Ronda Siri 10/2017 telah
berlangsung di Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata
Diraja Brunei. Hadir menjadi tetamu kehormat bagi acara tersebut ialah
Mej Awg Edham bin Awg Harlip, Jurulatih Kanan Sekolah Infantri Institut
Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 

read more
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA HUT ABDB YANG KE-57 TAHUN

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA HUT ABDB YANG KE-57 TAHUN

PENANJONG GARISON, Isnin, 28 Mei 2018
– Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan
Majlis Khatam Al-Quran sempena Hari Ulang Tahun ABDB Ke-57 bertempat di
Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Majlis tersebut dimulakan dengan
sembahyang Fardhu Zohor berjemaah diikuti dengan bacaan Takhtim dan Doa
Khatam serta laungan Dikir Marhaban. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis
ialah Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut
Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

read more