
Ianya adalah salah satu kursus yang pertama kali di kendalikan oleh cawangan ini. Matlamat kursus ini dijalankan untuk memberi pengetahuan didalam membuat pentadbiran dan pengurusan didalam Rumah Masak,Mes Pegawai dan Mes Pegawai Waran/Staf Sarjan & Sarjan. Hadir selaku Tetamu Kehormat, Leftenan Kolonel Pg Noor Rumaizi bin Pg Othman, Ketua Jurulatih Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir Pemangku Pegawai Memerintah Sekolah Pertukangan Tentera, Peg Latihan Logistik, Pegawai Jemputan dan Jurulatih-Jurulatih Kanan.
Penutup Kursus diadakan bertempat di Dewan Sajian Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB. Penuntut terbaik keseluruhan telah disandang oleh 13614 Kpl Rosdinata bin Suany. Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Noor Rumaizi bin Pg Othman dalam ucapannya bahawa perserta kursus tersebut dapat mengimplementasikan setiap pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi penyelia/pengurus di Rumah Masak, Mes Pegawai dan Mes Pegawai Waran/Staf Sarjan & Sarjan yang efektif dan professional.

