PENANJONG GARISON, JUMAAT, 04 MEI 2018. Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 18 orang anggota Pegawai Waran dan Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison. Majlis tersebut telah diadakan bertempat di Mess Pegawai Waren, Staf Sarjan & Sarjan, Penanjong Garison yang dipengerusikan bersama oleh 11009 Pmk PW1 Mazlan bin Salleh daripada unit Sekolah Infantri dan 11831 Pmk PW1 Norkamal bin Haji Mohd Salleh dari Pusat Evolusi.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan ABDB yang berkesudian menyampaikan lencana pangkat kepada anggota-anggota yang dinaikan pangkat. Turut menyaksikan upacara tersebut Pegawai-Pegawai Kanan IL ABDB, Pegawai-Pegawai IL ABDB, PTB-PTB Kanan dan ahli-ahli keluarga PTB Kanan yang dinaikan pangkat. Majlis Kenaikan Pangkat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh 18142 Sjn Ekramul Huttamah bin Abdullah daripada Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera, diikuti dengan penyampaian pangkat oleh Tetamu Kehormat dan diakhiri dengan bacaan Doa kesyukuran.