PENANJONG GARISON, SELASA, 15 MEI 2018. Majlis Penutupan Kursus bagi Kursus Ketua Ronda Siri 10/2017 telah berlangsung di Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Hadir menjadi tetamu kehormat bagi acara tersebut ialah Mej Awg Edham bin Awg Harlip, Jurulatih Kanan Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.  

Kursus ini bertujuan untuk berkelayakan menjadi seorang Ketua Ronda dan berkebolehan untuk menyampaikan taklimat dan perintah kepada pegawai atasan. Seterusnya berkemahiran untuk membaca peta dan pandu arah hutan serta berkebolehan mendapatkan maklumat semasa melakukan tinjauan mahupun rondaan. Acara kemudian diakhiri dengan upacara penyampaian sijil dan lencana kepada 23 anggota peserta kursus dan sekaligus ditutup rasmi oleh tetamu kehormat majlis.

Bagi Kursus Ketua Ronda Siri 10/2017, penuntut terbaik keseluruhan ialah 18646 Kpl Shan Rhollin bin Sampai daripada Regimen Pasukan Khas, penuntut terbaik bahagian amali ialah 16632 Kpl Md Syukri Hidayatullah bin Abdullah Sungkai daripada Rejimen Pasukan Khas dan penuntut tebaik bahagian teori ialah 18577 Kpl Nor Fadhli bin Rosli daripada Regimen Pasukan Khas. Manakala penuntut terbaik bahagian latihan jasmani ialah 16673 Kpl Md Shyamsul Rizal bin Mazalan daripada Rejimen Pasukan Khas.