NEWS HEADLINES

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI KURSUS INTERMEDIATE OFFICER TACTIC COURSE (IOTC) 2018

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI KURSUS INTERMEDIATE OFFICER TACTIC COURSE (IOTC) 2018

​PENANJONG GARISON, ISNIN 25 JUN 2018.   Majlis Pembukaan Rasmi bagi Intermediate Officer Tactic Course (IOTC) 2018 telah diadakan pada pagi ini, yang mana kursus ini telah dijalankan buat kali ke-tiga di Sekolah Infantri, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sejak tahun 2016.

Majlis dirasmikan oleh Yang Mulia Lt Kol Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Timbalan Komandan, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Kursus ini bermula pada 25 Jun 2018 dan akan berakhir pada 17 Ogos 2018 yang mana kursus ini mengambil masa selama 8 minggu.

Sebanyak 14 Pegawai berpangkat Kapten telah menyertai dari pelbagai unit dalam ABDB.

read more
JUNJUNG ZIARAH HARI RAYA AIDILFITRI ISTANA NURUL IMAN

JUNJUNG ZIARAH HARI RAYA AIDILFITRI ISTANA NURUL IMAN

BANDAR SERI BEGAWAN, ISTANA NURUL IMAN, AHAD, 17 JUN 2018.   Warga Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei samada Pegawai dan Lain-Lain Peringkat berpeluang untuk bersua dengan Kebawah DYMM dan kerabat diraja yang lain sempena Hari Raya Aidilfitri di hari raya ketiga. Berkunjung ke Istana Nurul Iman semasa Hari Raya Aidilfitri sudah menjadi satu tradisi yang unik di Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir bagi mengepalai rombongan IL ABDB adalah Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan IL ABDB. Peluang berjunjung ziarah itu membuktikan keprihatinan KDYMM dan kerabat diraja dalam sama-sama memeriahkan lagi sambutan berkenaan.

read more
SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN TAKBIR DI SURAU AL-HIKMAH

SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN TAKBIR DI SURAU AL-HIKMAH

PENANJONG GARISON, JUMAAT, 15 JUN 2018. Penanjong Garison telah mengadakan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri di Surau Al-Hikmah. Hadir pada Majlis tersebut adalah Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan IL ABDB. Turut Hadir Yang Mulia Pegawai Pemerintah Bn Bantu, TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan IL ABDB, Pegawai-Pegawai, Anggota Penanjong Garison Tentera dan Awam.

Khutbah Hari Raya Aidilfitri telah dibacakan oleh Yang Mulia 18032 Kpl Nazirul, Anggota JAMAAT, IL ABDB. Solat Aidilfitri adalah sunat Muakkad (sangat digalakkan) dan disyariatkan oleh Allah S.W.T pada bulan Syawal, tahun pertama Hijrah. Rasulullah S.A.W tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. Begitu juga para sahabat terus melakukannya selepas itu. 

Ianya Juga cara kita untuk mengucapkan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana telah memberikan peluang kepada umat Islam berpuasa selama sebulan, pada bulan Ramadhan yang penuh berkat.

read more
LAWATAN KERJA PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

LAWATAN KERJA PEMERINTAH ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

PENANJONG GARISON, ISNIN, 9 APRIL 2018. Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Mulia Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Hj Mahmud, telah membuat lawatan kerja julung kalinya ke Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison setelah beliau memegang tampuk sebagai Pemerintah ABDB. Yang Mulia Pemerintah ABDB menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan yang diketuai oleh Yang Mulia Kapten Mohd Asri bin Hj Awang Ahmad.

read more
MAJLIS DOA KESYUKURAN BAGI HUT IL ABDB YANG KE 49 TAHUN

MAJLIS DOA KESYUKURAN BAGI HUT IL ABDB YANG KE 49 TAHUN

PENANJONG GARISON, JUMAAT, 6 APRIL 2017.   Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan bacaan Surah Yassin sempena Hari Ulang Tahun penubuhannya yang ke 49 tahun yang diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Sehubungan dengan itu, Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Maghrib, diikuti dengan Solat Hajat, bacaan Surah Yassin, Doa Kesyukuran dan diakhiri dengan Solat Fardhu Isyak. Bacaan Surah Yassin dan Doa Kesyukuran telah dikepalai oleh Yang Mulia Kpl Hj Md Yusri bin Hj Awg Yusof, Imam Rawatib Surau Al-Hikmah Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

read more