INSTITUT LATIHAN ABDB, Rabu 4 Julai 2018 – MesyuaratRegional Jungle Warfare Symposium (RJWS) 2018
Post Review telah diadakan pada petang ini bertempat di bilik Mesyuarat, Markas Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan ABDB dan Yang Mulia Kolonel Mike Page, Penasihat Pertahanan United Kingdom selaku Pengerusi Bersama RJWS 2018. Antara yang hadir semasa mesyuarat tersebut ialah ahli jawatankuasa yang dilantik bagi pengendalian Simposium yang telah berlangsung pada 17 April hingga 20 April yang lalu.
Mesyuarat ini adalah satu landasan dalam mengukuhkan komitmen serta kerjasama dua hala bagi kedua belah pihak. Antara agenda mesyuarat pada petang ini ialah membincangkan mengenai cabaran yang telah dikenalpasti serta memberikan garis pandu bagi penambahbaikan pengendalian Simposium yang akan datang. Turut disampaikan semasa mesyuarat tersebut ialah konsep serta aktiviti-aktiviti utama yang telah diusulkan bagi pengendalian RJWS 2019.
Pengerusi tidak lupa merakamkan ucapan penghargaan serta tahniah kepada semua yang terlibat dalam pengendalian RJWS 2018 dan mengharapkan agar usaha dan kerjasama yang berterusan dapat dipertahankan.