PENANJONG GARISON, ISNIN, 9 APRIL 2018. Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Mulia Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Hj Mahmud, telah membuat lawatan kerja julung kalinya ke Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison setelah beliau memegang tampuk sebagai Pemerintah ABDB. Yang Mulia Pemerintah ABDB menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan yang diketuai oleh Yang Mulia Kapten Mohd Asri bin Hj Awang Ahmad.

Seterusnya Yang Mulia Pemerintah ABDB bergambar ramai bersama Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan IL ABDB, Rombongan Lawatan Kerja Pemerintah, Pegawai-Pegawai Kanan IL ABDB, RSM dan Kawalan Kehormatan IL ABDB. Setelah selesai bergambar ramai Yang Mulia Komandan IL ABDB, menjunjung Yang Mulia Pemerintah ABDB untuk berziarah bersama Pegawai-Pegawai IL ABDB dan memberikan taklimat ringkas kepada Yang Mulia Pemerintah. Lawatan diteruskan dengan lawatan ke Pusat Evolusi IL ABDB. Yang Mulia Pemerintah ABDB berkesempatan untuk berjumpa dengan Jurulatih Tentera dan Awam yang bertanggungjawab dalam menjalankan Kursus di Pusat Evolusi IL ABDB. Beliau juga berpeluang untuk melawat beberapa kelas dan kemudahan yang terdapat dibangunan tersebut, lawatan diakhiri dengan menandatangani Lembaran Kenanagan serta  bergambar ramai bersama Pegawai-Pegawai dan Jurulatih Tentera dan Awam Pusat Evolusi IL ABDB.