
Seterusnya Yang Mulia Pemerintah ABDB bergambar ramai bersama Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan IL ABDB, Rombongan Lawatan Kerja Pemerintah, Pegawai-Pegawai Kanan IL ABDB, RSM dan Kawalan Kehormatan IL ABDB. Setelah selesai bergambar ramai Yang Mulia Komandan IL ABDB, menjunjung Yang Mulia Pemerintah ABDB untuk berziarah bersama Pegawai-Pegawai IL ABDB dan memberikan taklimat ringkas kepada Yang Mulia Pemerintah. Lawatan diteruskan dengan lawatan ke Pusat Evolusi IL ABDB. Yang Mulia Pemerintah ABDB berkesempatan untuk berjumpa dengan Jurulatih Tentera dan Awam yang bertanggungjawab dalam menjalankan Kursus di Pusat Evolusi IL ABDB. Beliau juga berpeluang untuk melawat beberapa kelas dan kemudahan yang terdapat dibangunan tersebut, lawatan diakhiri dengan menandatangani Lembaran Kenanagan serta bergambar ramai bersama Pegawai-Pegawai dan Jurulatih Tentera dan Awam Pusat Evolusi IL ABDB.







