NEWS HEADLINES
KUNJUNGAN PERPISAHAN DAN PENGENALAN ATASE PERTAHANAN REPUBLIK INDONESIA YANG LAMA DAN BARU KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENANJONG GARISON, Selasa, 23 Oktober 2018 - Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan telah menerima kunjungan perpisahan dan pengenalan dari Yang Mulia Kolonel (Czi) Widiyanto, bekas Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam dan Yang Mulia Kolonel Zaenal Arifin, Atase Pertahanan Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam yang baru, petang tadi bertempat di Mes Pegawai Penanjong Garison.
UPACARA PERBARISAN TAMAT LATIHAN BAGI REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-162 DAN REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-54
PENANJONG GARISON, Jumaat, 12 Oktober 2018 – Seramai 158 anggota Rekrut Lelaki Pengambilan ke-162 dan seramai 67 anggota Rekrut Wanita Pengambilan ke-54 telah menamatkan latihan asas ketenteraan dengan Perbarisan Tamat Latihan yang diadakan hari ini di Padang Kawad Institut Latihan ABDB (IL ABDB), Penanjong Garison. Rekrut lelaki telah menjalani latihan selama 31 minggu sementara bagi rekrut wanita selama 21 minggu.
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN IL ABDB DI MESS PW/SSJN DAN SJN PENANJONG GARISON
PENANJONG GARISON, JUMAAT, 22 DISEMBER 2017 - Pagi ini, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah merayakan Majlis Kenaikkan Pangkat PTB-PTB Kanan bagi IL ABDB. Upacara Kenaikan Pangkat PTB-PTB Kanan IL ABDB dilaksanakan di Mes PW/SSjn & Sjn Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Komandan IL ABDB, Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh. Turut hadir Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Sharifuddin bin Pg Hj Yusof, Timbalan Komandan IL ABDB, Yang Mulia Mejar Muhd Suradzin bin Hj Muhd Yusof, Pemangku Ketua Jurulatih IL ABDB, Pegawai-Pegawai IL ABDB, RSM, GSM, DSM dan PTB-PTB Kanan.
MAJLIS KENAIKKAN PANGKAT ANGGOTA INSTITUT LATIHAN ABDB
SESI PERJUMPAAN YANG MULIA PEMERINTAH ABDB BERSAMA REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-162 DAN REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-54
PENANJONG GARISON, ISNIN 01 OKTOBER 2018 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), satu sesi perjumpaan telah berlangsung bertempat di Dewan Nikmat Penanjong Garison bersama Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Sesi perjumpaan tersebut bertujuan untuk membuat perjumpaan dan bermuzakarah secara langsung dengan Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-162 dan Rekrut Wanita Pengambilan ke-54 yang akan menamatkan Latihan pada hari Jumaat, 12hb September 2018 ini InsyaAllah.
TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI JUARA KEJOHANAN BOLASEPAK PERINGKAT ABDB 2018
BOLKIAH GARISON, RABU 03 OKTOBER 2018 – Pasukan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) muncul sebagai juara Liga Bolasepak Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2018 setelah menewaskan Pasukan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Mini Stadium, Bolkiah Garison.




