PENANJONG GARISON, Rabu 11 Oktober 2018 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi PTB-PTB Kanan dan Rendah bertempat di Dewan Makan Al Nikmat Penanjong Garison. Seramai 31 anggota telah dinaikkan pangkat; 5 anggota ke pangkat Sarjan Tetap, 06 anggota ke pangkat Pemangku Sarjan, 12 anggota ke pangkat Koperal Tetap, 01 anggota ke pangkat Pemangku Koperal, 04 anggota ke pangkat Lans Koperal Tetap manakala 03 anggota ke pangkat Pemangku Lans Koperal.
PENANJONG GARISON, Rabu 11 Oktober 2018 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi PTB-PTB Kanan dan Rendah bertempat di Dewan Makan Al Nikmat Penanjong Garison. Seramai 31 anggota telah dinaikkan pangkat; 5 anggota ke pangkat Sarjan Tetap, 06 anggota ke pangkat Pemangku Sarjan, 12 anggota ke pangkat Koperal Tetap, 01 anggota ke pangkat Pemangku Koperal, 04 anggota ke pangkat Lans Koperal Tetap manakala 03 anggota ke pangkat Pemangku Lans Koperal.Majlis kenaikan pangkat tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abidin bin Haji Timbang, Timbalan Komandan IL ABDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah IL ABDB.




