NEWS HEADLINES
KURSUS PEMELIHARAAN SENJATA RINGAN BAGI AGENSI-AGENSI LAIN SIRI 02/2016
PERKEMAHAN PENANJONG, Jumaat 28 Oktober 2016 - Seramai 05 orang peserta kursus yang terdiri daripada anggota-anggota Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Penjara telahpun menamatkan kursus Pembaikan dan Pemeliharaan Senjata Ringan bagi Agensi Luar Sesi 2/2016 yang bermula pada 05 September hingga 28 Oktober 2016. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Leftenan Kolonel Tamin bin Tuah, Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei.
MAJLIS PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN KOPERAL SIRI 1/2016
PUSAT EVOLUSI, INSTITUT LATIHAN ABDB, JUMAAT 28 OKTOBER 2016 - Majlis Penutup Kursus bagi Kursus Kepimpinan Koperal Siri 1/2016 telah berlangsung di Bilik Kuliah Halbi, Pusat Evolusi Institut Latihan ABDB. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia, Mejar Ernie Ermawati binti Mohd Erman, Pegawai Memerintah Pusat Evolusi Institut Latihan ABDB Turut hadir pada pagi ini ialah Pegawai-Pegawai Jemputan, PTB-PTB Kanan serta Guru-Guru.
KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA ASKAR WANITA ABDB BAGI TAHUN 2016
Pangkalan TUDB, 21 Oktober 2016 – Seramai 25 askar wanita mewakili IL ABDB telah menyertai Kejohanan Sukan Olahraga Askar Wanita ABDB telah berlangsung di Kompleks Sukan TUDB, Pangkalan Rimba. bermula pada hari Rabu, 19 Oktober 2016 sehingga hari Jumaat, 21 Oktober 2016. Beberapa acara dipertandingkan sebagai pembuka tirai kejohanan termasuk acara lompat jauh terbuka, lontar peluru dan cekera terbuka, merejam lembing terbuka, larian 100m, 200m dan 400m terbuka, 1500m, 4x 100m gabungan veteran, 4x 400 gabungan terbuka dan 4 x 100m gabungan peringkat.
SESI PERJUMPAAN BERSAMA PEMERINTAH GARISON DENGAN KETUA DAN PENOLONG KETUA BLOK BAREK KELAMIN PENANJONG GARISON
Penanjong Garison, 21 Oktober 2016 - Sesi Perjumpaan bersama Pemerintah Garison dengan Ketua dan Penolong Ketua Blok Barek Kelamin Penanjong Garison. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah bagi membincangkan mengenai hal-hal yang berhubungkait mengenai Barek Kelamin Penanjong Garison.
KUNJUNGAN CHIEF OPERATION OFFICER ROYAL BRUNEI TECHNICAL SERVICE KE INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Rabu 19 Oktober 2016 - Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh hari ini telah menerima Kunjungan daripada Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, Chief Operation Officer Royal Brunei Technical Service (RBTS).
LAWATAN SARJAN SARJAN MEJAR DARAT REPUBLIK SINGAPURA KE INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
Penanjong Garison, Rabu 19 Oktober 2016 - Program Pertukaran Lawatan Bagi Sarjan Mejar Tentera Darat Republik Singapura (SWEP) telah diadakan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Seramai 6 anggota yang berjawatan Sarjan Mejar telah hadir bagi sesi lawatan tersebut yang diketuai oleh CWO Teo See Keong iaitu Sarjan Mejar Tentera Darat Republik Singapura diiringi oleh PW2 Charle bin Tangkai, Sarjan Mejar Kawad, Bn Kedua TDDB. Ketibaan rombongan di Mes PW/SSjn & Sjn Penanjong Garison disambut oleh PW1 Abd Rahim bin Abd Razak, Sarjan Mejar Institut Latihan ABDB diselajuri dengan Courtesy Call.