Penanjong Garison, Rabu 19 Oktober 2016 - Program Pertukaran Lawatan Bagi Sarjan Mejar Tentera Darat Republik Singapura (SWEP) telah diadakan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Seramai 6 anggota yang berjawatan Sarjan Mejar telah hadir bagi sesi lawatan tersebut yang diketuai oleh CWO Teo See Keong iaitu Sarjan Mejar Tentera Darat Republik Singapura diiringi oleh PW2 Charle bin Tangkai, Sarjan Mejar Kawad, Bn Kedua TDDB. Ketibaan rombongan di Mes PW/SSjn & Sjn Penanjong Garison disambut oleh PW1 Abd Rahim bin Abd Razak, Sarjan Mejar Institut Latihan ABDB diselajuri dengan Courtesy Call.
Rombongan dibawa melawat ke unit-unit dibawah naungan Institut Latihan ABDB yang bermula di Pusat Evolusi yangmana rombongan diberi taklimat oleh 10394 PW2 Semuil bin Apoi bagi menerangkan serba sedikit penubuhan dan objektif IL ABDB didalam ABDB. Lawatan seterusnya ke Unit Kompeni Rekrut, yangmana unit tersebut memperlihatkan peranan dan fungsi Kompeni Rekrut dalam melatih anggota rekrut. Rombongan juga dibawa melawat ke Komplek FIBUA bagi memperlihatkan fasiliti-fasiliti yang digunakan bagi mengendalikan latihan tentera di kawasan bandar. Satu demonstarasi Penyuraian Rusuhan daripada Cawangan Latihan Taktik terdiri daripada peserta Kursus Tempur Platun Sarjan dan Kursus Tempur Penolong Ketua Seksyen.
Selesai sesi lawatan rombongan beredar ke Mes PW/SSjn & Sjn Penanjong Garison bagi jamuan tengah hari diselajuri dengan penyampaian cenderahati yang yang disampaikan oleh PW1 Abd Rahim bin Abd Razak, Sarjan Mejar IL ABDB. Sebelum mengakhir sesi lawatan Sarjan Mejar Tentera Darat Republik Singapura sempat menandatangai lambaran kenangan serta buku lawatan dan seterusnya sesi bergambar ramai.