​PENANJONG GARISON, Rabu 19 Oktober 2016 – Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh hari ini telah menerima Kunjungan daripada Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, Chief Operation Officer Royal Brunei Technical Service (RBTS).

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan membincangkan mengenai dengan hubungan dan kerjasama IL ABDB dan RBTS. Penglibatan aktif kedua-dua pihak adalah termasuk dalam kegiatan-kegiatan di dalam penggunaan Training Simulation Centre (TSC).
 
Komandan IL ABDB juga mengucapkan terima kasih kepada RBTS di atas sumbangan dalam meningkatkan ketenteraan dan mengucapkan tahniah kepada Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said sebagai Chief Operation Officer RBTS.