NEWS HEADLINES
OPENING CEREMONY OF ENGLISH LANGUAGE COURSE FOR FOREIGN ARMED FORCES SESSION 2019
Evolution Centre, Training Institute RBAF, Penanjong Garrison, 12th February 2019 - The English Language Course for Foreign Armed Forces Session 2019 was officiated by Lieutenant Colonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Commandant of Training Institute RBAF. The course started from the 11th of February 2019 until the 15th of March 2019 at the Evolution Centre, Training Institute RBAF.
MAJLIS PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN SARJAN SIRI 2/2018 PUSAT EVOLUSI INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (PE IL ABDB)
PENANJONG GARISON, Khamis, 31 Januari 2019 – Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan Sarjan Siri 2/2018, Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan telah berlangsung di Bilik Halbi, Pusat Evolusi IL ABDB. Seramai 48 anggota berpangkat Sarjan telah mengikuti kursus ini yang terdiri dari 44 peserta lelaki dan 04 peserta wanita masing-masing daripada Kementerian Pertahanan seramai 17 anggota, Tentera Darat Diraja Brunei seramai 30 anggota, dan Polis Diraja Brunei seramai 01 anggota.
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB KANAN DAN PTB RENDAH IL ABDB 2019
PENANJONG GARISON, Rabu, 23 Januari 2019 – Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 28 orang anggota terdiri daripada 07 anggota PTB-PTB Kanan dan 21 anggota PTB-PTB Rendah Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison. Majlis tersebut telah diadakan bertempat di Dewan Hikmah, Penanjong Garison yang dipengerusikan oleh 16572 Pmk Sjn Harbey bin Awang Latip dari Markas Garison Penanjong Garison.
MAJLIS MENANDATANGANI RISALAH KESELAMATAN BAF 122 BAGI BAKAL-BAKAL REKRUT PENGAMBILAN KE 164
Penanjong Garison, JUMAAT, 18 Januari 2019 – Majlis Menandatangani Risalah Keselamatan BAF122 bagi bakal-bakal Rekrut Lelaki. Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya merasmikan Latihan Asas Ketenteraan Pengambilan ke 164 ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan ABDB.
MAJLIS PENUTUP KURSUS JURULATIH MEMANDU SESI 2018
Penanjong Garison, 10 Januari 2019 - Kursus Jurulatih Memandu Sesi 2018 ini dikendalikan oleh Cawangan Latihan Memandu(CLM), Sekolah Pertukangan Tentera (SPT), Institut Latihan ABDB setahun sekali. Kursus ini dijalankan selama 7 minggu bermula pada 23 November 2018 hingga 11 Januari 2019, seramai 13 orang anggota ABDB yang terdiri dari 07 orang PTB Kanan dan 09 orang PTB Rendah.
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT PTB-PTB KANAN IL ABDB
INSTITUT LATIHAN, PENANJONG GARISON, Selasa, 08 Januari 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 7 orang anggota Pegawai Waran dan Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) bertempat di Mess Pegawai Waran, Staf Sarjan & Sarjan, Penanjong Garison yang dipengerusikan oleh 12189 Pmk PW2 Besar bin Aiadin dari Kompeni Pentadbir Institut Latihan ABD