INSTITUT LATIHAN, PENANJONG GARISON, Selasa, 08 Januari 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 7 orang anggota Pegawai Waran dan Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) bertempat di Mess Pegawai Waran, Staf Sarjan & Sarjan, Penanjong Garison yang dipengerusikan oleh 12189 Pmk PW2 Besar bin Aiadin dari Kompeni Pentadbir Institut Latihan ABDB. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Komandan Institut Latihan ABDB, Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, S.M.B. , P.S.B. , psc (j) yang berkesudian menyampaikan lencana pangkat kepada anggota-anggota yang dinaikan pangkat. Turut menyaksikan upacara tersebut Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan IL ABDB. 

Majlis Kenaikan Pangkat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh 18142 Sjn Ekramul Huttamah @Ekram bin Abdullah daripada Cawangan Latihan Memandu IL ABDB diikuti dengan penyampaian pangkat oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat.
Dikesempatan itu juga Yang Mulia Tetamu Kehormat telah memberikan sedikit ucapan dan kata-kata nasihat kepada yang dinaikan pangkat dan kepada semua PTB Kanan di bawah naungan Institut Latihan ABDB agar mempunyai sikap bertanggungjawab, iklhas, jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipikul, tambah-tambah lagi bagi seorang yang memegang jawatan jurulatih hendaklah peka dengan tugas dan tanggungjawab yang disandang, serta menjaga kebersihan dari luar fizikal, ditempat kerja mahupun kawasan-kawasan di Institut Latihan ABDB serta kebersihan dan keikhlasan rohani. Majlis tersebut telah diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran, jamuan kecil-kecilan dan sesi bergambar ramai.

DSC 0055

DSC 0075

DSC 0099