NEWS HEADLINES
MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRA BRUNEI KE-50 TAHUN
PENANJONG GARISON, SABTU, 06 APRIL 2019 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Jubli Emas IL ABDB yang ke-50 tahun bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Majlis tersebut turut diisikan dengan bacaan Yaasin dan Tahlil serta bacaan doa khusus bersempena dengan sambutan tersebut.
KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA SAMBUTAN JUBLEE EMAS
PENANJONG GARISON, Isnin 25 MAC 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Kempen Derma Darah bersempena dengan Sambutan Jublee Emas penubuhan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS EJUTAN INSTITUT LATIHAN ABDB
Penanjong Garison, Selasa, 02 April 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) pada hari ini mengadakan upacara perbarisan Serah Terima Tugas Ejutan diantara Yang Mulia Kapten Khairul Anwar bin Haji Abdul Latif dengan Yang Mulia Kapten Mohammad Asri bin Haji Awang Ahmad.
MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA SEMPENA JUBLEE EMAS
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 Mac 2019 - Pegawai dan Anggota askar Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis membaca surah Yaasin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman sempena Jublee Emas di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong pagi ini.
KUNJUNGAN HORMAT DARI ATASE PERTAHANAN REPUBLIK CINA
PENANJONG GARISSON, Selasa, 26 Mac 2019 – Komandan Institut Latihan, Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman pagi ini menerima lawatan daripada oleh Atase Pertahanan Republik Cina, Senior Colonel Wu Geng di Mes Pegawai, Penanjong Garison.





