BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 Mac 2019 – Pegawai dan Anggota askar Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis membaca surah Yaasin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman sempena Jublee Emas di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong pagi ini.

Turut hadir ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pegawai-Pegawai Kanan IL ABDB, Pegawai-Pegawai Tentera dan Awam, anggota serta kakitangan awam IL ABDB.
Majlis bacaan Yaasin dan Tahlil yang dipimpin oleh 18032 Kpl Nazirul bin Haji Asmat. Majlis kemudian diakhiri dengan bacaan doa selepas Yaasin, Doa Tahlil dan Doa Peliharakan Sultan.
DSC_0085.JPG