DSC_0424.JPG

PENANJONG GARISON, SABTU, 06 APRIL 2019 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Jubli Emas IL ABDB yang ke-50 tahun bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Majlis tersebut turut diisikan dengan bacaan Yaasin dan Tahlil serta bacaan doa khusus bersempena dengan sambutan tersebut. 

Hadir selaku jemputan khas pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam. Jemputan-jemputan khas yang lain terdiri daripada mantan-mantan Komandan, Pegawai Pemerintah IL ABDB (Pusat Latihan (PL) ABDB), mantan-mantan Timbalan Komandan IL ABDB / PL ABDB, mantan-mantan Sarjan Mejar Rejimen IL ABDB / PL ABDB, mantan-mantan Sarjan Mejar Kawad IL ABDB / PL ABDB dan mantan-mantan Sarjan Mejar Garison Penanjong Garison. 

Majlis pada malam tersebut diteruskan dengan jamuan makan malam yang diadakan di Dewan Nikmat Penanjong Garison yang mana dihadiri oleh para Jemputan Khas, pegawai—pegawai, warga tentera dan awam IL ABDB, serta para peserta kursus dan rekrut yang menjalani latihan di IL ABDB. Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Jemputan Khas yang disampaikan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB.
Majlis pada malam tersebut merupakan salah satu acara yang telah disusun bagi memeriahkan Sambutan Jubli Emas IL ABDB pada tahun ini. IL ABDB ditubuhkan pada 07 April 1969 dan Majlis Doa Kesyukuran merupakan satu acara yang lazim diadakan setiap tahun. 
DSC_0424.JPG
DSC_0458.JPG

DSC_0465.JPG

DSC_0577.JPG

DSC_0582.JPG