NEWS HEADLINES
MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS LANJUTAN KERANI SIRI 2/2019
PENANJONG GARISON, Selasa, 21 Januari 2020 - Cawangan Latihan Kerani telah mengadakan Majlis Pembukaan Kursus Lanjutan Kerani Siri 2/2019 bertempat di Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah 725 Mejar Pg Ja’afarudin bin Pg Tejudin, Pegawai Memerintah Cawangan Latihan Teknikal Darat. Seramai 25 anggota menghadiri kursus tersebut terdiri daripada TDDB (04), TLDB (1), TUDB (04), IL ABDB (1), AP ABDB (1) dan Kementerian Pertahanan (14).
LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI SEKOLAH PANAGA, SERIA, DAERAH BELAIT
PENANJONG GARISON, ISNIN 20 JANUARI 2020 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menerima lawatan sambil belajar dari penuntut-penuntut dari Sekolah Panaga, Seria, Daerah Belait.
MAJLIS MENANDATANGANI RISALAH KESELAMATAN BAF 122 BAGI BAKAL-BAKAL REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE–166
PENANJONG GARISON, Jumaat, 17 Januari 2020 – Upacara Menandatangani Risalah Keselamatan BAF 122 bagi bakal-bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke-166. Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya merasmikan Latihan Asas Ketenteraan Rekrut Pengambilan ke-166 ialah Yang Mulia Kolonel Muhammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan ABDB.
MAJLIS PENUTUP KURSUS JURULATIH MEMANDU SESI 2019
PENANJONG GARISON, KHAMIS, 16 Januari 2020 – Majlis Penutupan Kursus Jurulatih Memandu Sesi 2019 telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Seramai 14 anggota telah menamatkan kursus tersebut yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei seramai 04 orang, 03 daripada Tentera Udara Diraja Brunei, 04 orang daripada Institut Latihan ABDB, 01 orang daripada Kementerian Pertahanan dan 02 orang daripada Pasukan Simpanan Gurkha Sungai Akar. Kursus ini berjalan selama 7 minggu yang dikendalikan Cawangan Latihan Memandu (CLM), Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB (SPT IL ABDB). Ia adalah salah satu kursus mandatori bagi setengah anggota ABDB untuk kenaikkan pangkat dan membolehkan para anggota untuk melayakkan memegang jawatan yang ada.
LAWATAN PROGRAM INDUKSI KEMENTERIAN PERTAHANAN SIRI 1/2019
PENANJONG GARISON, SELASA, 14 JANUARI 2020 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menerima lawatan dari Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan melalui Program Induksi Kementerian Pertahanan Siri 1/2019.
UPACARA SERAH TERIMA TUGAS EJUTAN INSTITUT LATIHAN ABDB
Penanjong Garison, Jumaat, 10 Januari 2020 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) pada hari ini mengadakan Upacara Perbarisan Serah Terima Tugas Ejutan IL ABDB diantara Yang Mulia Kapten Mohammad Asri bin Haji Awang Ahmad dengan Yang Mulia Kapten Mohd Aji bin Haji Abdul Rahman.





