
Turut hadir diupacara tersebut ialah Pegawai-Pegawai Muda, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah. Upacara dimulakan dengan Yang Mulia Kapten Mohammad Asri bin Haji Awang Ahmad, Ejutan IL ABDB menerima Tabik Hormat dan seterusnya memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang diketuai oleh Yang Mulia, Leftenan Mohd Zulfadhli Hayat bin Shamsul Hayat, pasukan askar lelaki dan wanita IL ABDB, Rekrut Lelaki Pengambilan ke-165 dan pasukan Serunai dan Tambur dari 3Bn TDDB.
Upacara diteruskan lagi dengan menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Ejutan IL ABDB diantara Yang Mulia Kapten Mohammad Asri bin Haji Awang Ahmad dengan Kapten Mohd Aji bin Haji Abdul Rahman.
Seterusnya, Ejutan IL ABDB yang baharu, Yang Mulia Kapten Mohd Aji bin Haji Abdul Rahman menerima Tabik Hormat dan kemudian memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan. Upacara perbarisan ini diakhiri dengan sesi bergambar ramai.




