PENANJONG GARISON, Jumaat, 17 Januari 2020 – Upacara Menandatangani Risalah Keselamatan BAF 122 bagi bakal-bakal Rekrut Lelaki Pengambilan ke-166. Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya merasmikan Latihan Asas Ketenteraan Rekrut Pengambilan ke-166 ialah Yang Mulia Kolonel Muhammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan ABDB.
Upacara tersebut turut dihadiri oleh para ibu-bapa dan penjaga bakal-bakal rekrut. Sebelum upacara menandatangani dijalankan, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat, diikuti dengan bacaan ikrar oleh bakal-bakal rekrut dan menandatangani Risalah Keselamatan BAF 122 bagi Rekrut Lelaki Pengambilan ke-166 dan diakhiri dengan bacaan doa.
Seramai 210 anggota Rekrut Lelaki Pengambilan ke-166 yang terdiri daripada120 rekrut TDDB, 50 rekrut TLDB dan 40 rekrut TUDB akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan yang dijangka berakhir pada sekitar bulan Ogos 2020.
thumbnail_IMG-20200117-WA0045.jpg
thumbnail_IMG-20200117-WA0044 (1).jpg
thumbnail_IMG-20200117-WA0041.jpg
thumbnail_IMG-20200117-WA0043.jpg
thumbnail_IMG-20200117-WA0047.jpg