Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

CHILDREN WITH SPECIAL NEEDS FROM THE TRAINING INSTITUTE OF THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES RECEIVE DONATIONS FROM THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES WELFARE FUND AND WELFARE ASSOCIATION OF THE WIVES OF RBAF PERSONNEL (BAKTI)

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Istimewa ABDB 2025 01.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 15 March 2025 – The Training Institute of the Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) participated in the Donation Giving Ceremony for the Children of RBAF Personnel with Special Needs today, in conjunction with the holy month of Ramadan 1446H. The event was organised by the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and took place at Dewan An-Naura, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation Complex, Bandar Seri Begawan.

Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of TI RBAF; Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Rajid bin Haji Zainie, Deputy Commandant of TI RBAF; and Yang Mulia Major Haji Mohd Amin bin Awang Haji Mahmud, Head of the Inspectorate Unit (TI RBAF), jointly presented donations to 12 children with special needs from TI RBAF personnel.

The event commenced with the recitation of Sayidul Istighfar, Al-Fatihah, Zikir Munajat, Asmaul Husna, Selawat Syifa, and Doa Selamat, led by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the Religious Affairs Department of RBAF (JAMA'AT). This was followed by the donation presentation, a breaking of fast session, and a communal meal, concluding with the congregation of Maghrib prayers at the designated mosque.

This annual event is part of RBAF's community initiatives, reflecting its commitment to supporting children with special needs. The donations, provided in the form of cash, came from the RBAF Welfare Fund and the Welfare Association of the Wives of RBAF Personnel (BAKTI).


ANAK-ANAK ISTIMEWA ANGGOTA INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA SUMBANGAN DARIPADA TABUNG KEBAJIKAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI DAN BADAN KEBAJIKAN ISTERI-ISTERI ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (BAKTI)

 
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Mac 2025 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) turut serta dalam Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Istimewa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada hari ini bersempena bulan suci Ramadan 1446 yang telah dikendalikan oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Majlis yang istimewa ini telah berlangsung di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Rajid bin Haji Zainie, Timbalan Komandan IL ABDB dan Yang Mulia Mejar Haji Mohd Amin bin Awang Haji Mahmud, Ketua Sel Inspektorat (IL ABDB) telah menyampaikan sumbangan secara serentak kepada 12 orang anak-anak Istimewa anggota Institut Latihan ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayidul Istighfar, Al-Fatihah, Zikir Munajat, Asmaul Husna, Selawat Syifa dan Doa Selamat yang dikepalai oleh Yang Mulia Lt Kol Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT). Majlis kemudian diikuti dengan penyampaian derma, sesi berbuka puasa, dan solat fardu Maghrib berjemaah di surau yang dikhaskan.

Majlis ini merupakan antara aktiviti kemasyarakatan yang dikendalikan pada setiap tahun sebagai tanda pemedulian dan komitmen ABDB dalam menghulurkan bantuan terhadap anak-anak kelainan upaya. Sumbangan derma berupa wang tunai diterima daripada Tabung Kebajikan ABDB dan Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI).


Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Istimewa ABDB 2025 02.jpg

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Istimewa ABDB 2025 03.jpg

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Istimewa ABDB 2025 04.jpg

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Istimewa ABDB 2025 05.jpg

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Istimewa ABDB 2025 06.jpg

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Istimewa ABDB 2025 07.jpg

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Istimewa ABDB 2025 08.jpg

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Istimewa ABDB 2025 09.jpg