Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

SCHOOL OF MILITARY TRADE, TRAINING INSTITUTE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES 16TH ANNIVERSARY CELEBRATION CEREMONY

Sambutan Hari Ulang Tahun Ke 16 01.png

PENANJONG GARRISON, Wednesday, 15 January 2025 – The School of Military Trade, Training Institute, Royal Brunei Armed Forces, celebrated its 16th anniversary on 15 January 2025 at School of Military Trade Headquarters TI RBAF Penanjong Garrison.

 

In attendance to officiate the event were the Deputy Commanding Officer, Heads of Training Wings, instructors, civil servants, and course participants from the School of Military Trade, Training Institute, Royal Brunei Armed Forces.

 

The event commenced with the singing of the national anthem of Negara Brunei Darussalam, followed by the reading of the pledge and a speech by the Commanding Officer.

 

In her speech, the Commanding Officer highlighted several achievements of the school. Firstly, its contribution to the overall rating during the RBAF Commander's Inspection of the Training Institute, RBAF. Secondly, the school organised its first-ever Command Post Exercise (CPX), named Exercise Khidmat Bantuan 1/2024, in September 2024, which focused on the establishment of A Echelon and involved seven courses across four wings. Lastly, the school collaborated with the Brunei Hotel Association to enhance the Logistics Training Wing's learning system in alignment with the Training Needs Analysis for the Food Handling and Caterer's Course.

 

She also emphasised the importance of implementing the school's three core principles: the quality and effectiveness of lessons, enhancing instructors' skills, and effective administrative management.

 

The event concluded with the presentation of the Best Instructor Award.



MAJLIS SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KE-16 SEKOLAH PERTUKANGAN TENTERA, INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

 

PENANJONG GARISON, Rabu, 15 Januari 2025 – Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah meraikan Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-16 penubuhannya pada 15 Januari 2025 bertempat di Markas Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB Penanjong garison.

 

Hadir bagi merasmikan majlis tersebut ialah Pegawai Pemerintah, Timbalan Pegawai Pemerintah, Ketua-ketua Cawangan, Jurulatih-jurulatih, kakitangan awam dan peserta-peserta kursus Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

 

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, diikuti dengan bacaan ikrar, dan diteruskan dengan perutusan khas daripada Pegawai Pemerintah.

 

Dalam perutusannya, Pegawai Pemerintah menyatakan beberapa pencapaian sekolah sepanjang tahun lalu. Pertama, sumbangan kepada pencapaian penilaian keseluruhan semasa Pemeriksaan Pemerintah ABDB ke atas IL ABDB. Kedua, penganjuran Command Post Exercise (CPX), iaitu Ex Khidmat Bantuan 1/2024 pada September 2024 buat julung-julung kalinya dengan menerapkan penubuhan A Echelon, yang melibatkan tujuh kursus daripada empat cawangan. Ketiga, sekolah ini telah berkolaborasi dan bekerjasama dengan Persatuan Hotel Brunei untuk memperkukuhkan sistem pembelajaran berdasarkan _Training Needs Analysis_ di Cawangan Latihan Logistik bagi Kursus Sajian Makanan dan Katerer.

 

Dalam perutusannya juga, beliau turut menyeru kepada semua warga sekolah untuk terus memberikan fokus kepada tiga teras utama yang sering ditekankan iaitu, Kualiti Keberkesanan Pembelajaran, Meningkatkan Kemahiran Jurulatih dan Pengurusan Pentadbiran yang Efektif. Acara tersebut diakhiri dengan penganugerahan Jurulatih Cemerlang.


Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-16 02.jpg

Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-16 03.jpg

Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-16 04.jpg 

Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-16 05.jpg 

Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-16 06.jpg 

Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-16 07.jpg