Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB RENDAH DAN PTB-PTB KANAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

Majlis Kenaikan Pangkat bagi PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah siri 4.2023 IL ABDB.jpg

PENANJONG GARISON, Khamis, 18 Januari 2024 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan & Sarjan IL ABDB dan Majlis Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Tidak Bertauliah Rendah (PTB Rendah) bertempat di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.


Semasa majlis tersebut seramai 8 anggota PTB Kanan telah menerima Pangkat Tetap manakala bagi kenaikan pangkat PTB Rendah, seramai 7 anggota menerima Pangkat Tetap dan 2 anggota menerima Pangkat Pemangku.


Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis kenaikan pangkat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian pangkat adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Rajid bin Haji Zainie, Pemangku Komandan IL ABDB. Turut hadir di majlis tersebut adalah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Pegawai Waran, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah IL ABDB.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan penyampaian pangkat. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar ramai.


PROMOTION CEREMONIES FOR SENIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS AND JUNIOR NON-COMMISSIONED OFFICERS OF TRAINING INSTITUTE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES


PENANJONG GARRISON, Thursday, 18 January 2024 – Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) held promotion ceremonies today for Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) at Warrant Officer, Staff Seargent and Seargent's Mess of TI RBAF and Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs) which took place at Dewan Nikmat, Penanjong Garrison.

A total of 8 personnel were promoted to Substantive SNCOs and for JNCOs, 7 personnel were promoted to Substantive and 2 were promoted to Acting.

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Rajid bin Haji Zainie, Acting Commandant of TI RBAF. Also present at both ceremonies were Senior Officers, Officers, Warrant Officers, SNCOs and JNCOs of TI RBAF.

Both ceremonies commenced with the recital of Surah Al-Fatihah followed by the presentation of rank insignia. The events ended with recitation of doa and a photo session.


Majlis Kenaikan Pangkat Siri 4.2023 IL ABDB 1.jpg
Majlis Kenaikan Pangkat Siri 4.2023 IL ABDB 2.jpg

Majlis Kenaikan Pangkat Siri 4.2023 IL ABDB 3.jpg

Majlis Kenaikan Pangkat Siri 4.2023 IL ABDB 4.jpg
Majlis Kenaikan Pangkat Siri 4.2023 IL ABDB 5.jpg

Majlis Kenaikan Pangkat Siri 4.2023 IL ABDB 6.jpg

Majlis Kenaikan Pangkat Siri 4.2023 IL ABDB 7.jpg