Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS ASAS LOGISTIK SIRI 2/2023

1460.jpeg

PENANJONG GARISON, Khamis 23 Nov 2023.  Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Asas Logistik Siri 2/2023 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna bertempat di Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLLog, SPT IL ABDB). Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis ini ialah 870 Mej Haji Hainul Ardika bin Haji Tinggal, Timbalan Pegawai Turus Logistik, Markas Tentera Darat Diraja Brunei.  Turut hadir adalah Pemangku Ketua Cawangan Logistik, Sekolah Sarjan Mejar, jurulatih-jurulatih CLLog SPT IL ABDB.

Kursus ini merupakan kursus kerjaya yang perlu dihadiri oleh anggota-anggota yang bertugas sebagai penjaga stor, pemegang akaun serta anggota-anggota logistic di dalam unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.  Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kursus dengan pembelajaran perakaunan stor dan diuji dengan ujian teori dan praktikal. Peserta kursus juga telah diberi kesempatan untuk melawat sambil belajar ke Depoh Logistik Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) dan Skuadron Bekal Domestik, No.4 Wing Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), yangmana ianya dapat menambah pengetahuan dan pengalaman untuk mereka membuat pemeriksaan kelengkapan di unit masing-masing.

Kursus ini telah dikendalikan selama Lima (05) minggu dan seramai 39 anggota kursus telahpun berjaya menamatkan kursus ini yang terdiri daripada Sembilan Belas (19) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Empat (04) anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Enam (06) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Dua (02) anggota dari Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Empat (04) anggota dari Rejiman Pasukan Khas, Dua (02) anggota daripada Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan Dua (02) anggota dari unit Pasukan Simpanan Gurkha.

Seterusnya Yang Mulia Tetamu Kehormat telah menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta-peserta kursus diatas usaha dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang kursus dijalankan dan menekankan kepada semua peserta kursus agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing serta sentiasa bersiap sedia untuk menerima sebarang tugas dan tanggungjawab dengan baik mengikut keperluan semasa.  Yang Mulia Tetamu Kehormat juga berpesan kepada semua peserta kursus untuk sentiasa mengingati kelengkapan-kelengkapan yang dibawah penjagaan stor masing-masing adalah aset Kerajaan yang harus dijaga dengan sentiasa mengemaskinikan dokumentasi perakaunan berpandukan Material Regulation RBAF.​

1454.jpg
1455.jpg

1456.jpg
1457.jpg

1458.jpg
1459.jpg