Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN LENCANA BAGI PENUTUPAN KURSUS KURSUS PERTENGAHAN DAN LANJUTAN PEMANDU SESI 2023 DAN KURSUS MEMANDU LESEN KELAS 3 DAN MEMANDU LESEN KELAS 2B SESI 2023 (KUMPULAN KEDUA)

1445.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 17 November 2023 - Majlis Penyampaian Sijil dan Lencana Bagi Penutupan Kursus Pertengahan dan Lanjutan Pemandu Sesi 2023 dan Kursus Memandu Lesen Kelas 3 dan Memandu Lesen Kelas 2B Sesi 2023 (Kumpulan Kedua) telah sempurna dilaksanakan Pejabat Kenderaan, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison.

Kursus Pertengahan dan Lanjutan Pemandu Sesi 2023 ini dikendalikan selama enam (06) minggu bermula dari 06 Okt 2023 hingga 17 Nov 2023 yang dihadiri seramai dua puluh enam (26) anggota yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Kementerian Pertahanan dan Rejimen Pasukan Khas.

Kursus Pertengahan dan Lanjutan Pemandu ini bertujuan untuk melayakkan peserta kursus ke Taraf Pertukangan Pemandu Kelas 1. Setelah menamatkan kursus dan telah lulus diiktiraf sebagai Pemandu Kelas 1, mereka haruslah berupaya menjalankan tugas-tugas yang diarahkan, mempunyai pengetahuan yang mendalam dan memahami berkenaan dokumen pejabat kenderaan, berupaya menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan 1 ton dan menyediakan tempat kawasan rawatan kenderaan, berupaya menjalankan tinjauan ke atas jalan-jalan serta mengeluarkan kad catitan perjalanan dan mempunyai pengetahuan ke atas peraturan pentadbiran di dalam unit kenderaan.

Manakala, bagi Kursus Memandu Lesen Kelas 3 dan Memandu Lesen Kelas 2B Sesi 2023 (Kumpulan Kedua) dikendalikan selama enam (06) minggu bermula daripada 06 Okt 2023 hingga 17 Nov 2023 yang dihadiri seramai dua puluh dua (22) anggota yang terdiri daripada TDDB, TLDB, TUDB dan IL ABDB.

Kursus Memandu Lesen Kelas 3 dan Memandu Lesen Kelas 2B bertujuan untuk melayakkan peserta kursus ketahap seorang pemandu dimana mereka ini akan dapat melaksanakan tugas di bawah pengawasan seorang pemandu yang berpengalaman. Disamping itu juga mereka boleh di pertengahkan untuk mengendalikan apa jua tugas yang terkandung di dalam peraturan bagi Taraf Pertukangan dan pekerjaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Setelah menamatkan kursus dan telah lulus diiktiraf sebagai Pemandu Kelas 3 dan Kelas 2B, mereka akan melaksanakan tugas seperti berkebolehan memandu kenderaan 1 ton tanpa muatan tidak lebih 4,480 paun di atas jalan raya dan merentas desa dalam keadaan yang aman ataupun sewaktu operasi, berkebolehan memelihara dan merawat kenderaan 1 ton termasuk menukar minyak pelincir, mengesan kerosakan dan menukar tayar tanpa memerlukan pengawasan, mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil semasa berlakunya kemalangan trafik ataupun semasa berlakunya kerosakan kenderaan, berkebolehan menggunakan alat-alat perkakas kenderaan, berkebolehan membaiki kenderaan lain menggunakan alat-alat perkakas kenderaan dan berkebolehan menunda kenderaan lain atau menunda kenderaan yang ditunda.

1446.jpg1447.jpg

1448.jpg1449.jpg