Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENYAMPAIAN KENAIKKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN DAN PTB-PTB RENDAH ANGGOTA INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI

knaikkn pkt 121023 4.jpg

​PENANJONG GARISON, Khamis, 12 Oktober 2023 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat bagi PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah anggota IL ABDB.  Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Nikmat IL ABDB, Penanjong Garison.

Seramai 19 anggota telah dinaikkan pangkat iaitu 07 anggota dinaikkan ke pangkat Pemangku Sarjan, 06 anggota dinaikkan ke pangkat Koperal Tetap, 03 anggota dinaikkan ke pangkat Pemangku Koperal, 01 anggota dinaikkan ke pangkat Lans Koperal dan 02 anggota dinaikkan ke pangkat Pemangku Lans Koperal. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Rajid bin Haji Zainie Pemangku Komandan IL ABDB.   Turut menyaksikan Majlis ini ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Pegawai-Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah IL ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan penyampaian lencana pangkat. Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan sesi bergambar ramai.
​​knaikkn pkt 121023.jpg
knaikkn pkt 121023 3.jpg 
knaikkn pkt 121023 2.jpg

PENANJONG GARRISON, Thursday, 12 October 2023 – Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) held a promotion ceremony today for Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) at Dewan Nikmat TI RBAF, Penanjong Garrison.

A total of 19 SNCOs were promoted consisting of 07 personnel promoted to Acting Sergeant, 06 personnel promoted to Corporal, 03 personnel promoted to Acting Corporal, 01 personnel promoted to Lance Corporal and 02 personnel promoted to Acting Lance Corporal.

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Rajid bin Haji Zainie, Acting Commandant of TI RBAF. Also present at the ceremony were Senior Officers, Officers and SNCOs of TI RBAF.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah which then followed by the presentation of rank insignia. The event concluded with the recitation of doa and a photo session.