Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENYELIA KESIHATAN DAN KESELAMATAN KERJA (KKK) SIRI 2/2023

90.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 29 Safar 1445H bersamaan dengan 15 September 2023 – Majlis Penutupan Kursus Penyelia Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) Siri 2/2023 telah sempurna dilaksanakan hari ini bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Mejar Zooladdy Haddymee bin Haji Bahmin Pemangku Ketua Sel Inspektorat IL ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB, Ketua Cawangan Latihan Kesihatan dan Keselamatan Kerja, Sekolah Sarjan Mejar Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB, Jurulatih undangan dari Unit Inspektorat Unit ABDB.  

Kursus Penyelia Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) Siri 2/2023 ini dikendalikan selama lima (05) hari bermula daripada 28 Ogos 2023 hingga 01 September 2023 yang dihadiri seramai dua puluh lima (25) anggota yang terdiri daripada lapan (08) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, sembilan (09) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei, dua (02) anggota dari Markas Angkatan Bersama dan lapan (06) anggota dari Kementerian Pertahanan.

Peserta kursus telah didedahkan dan diajarkan beberapa mata pelajaran khas yang menjurus kepada tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Penyelia/ Pegawai KKK. Yang mana diantaranya adalah Pengenalan KKK, Sistem Pengurusan KKK, Mengenal bahaya, Keselamatan Di Tempat Kerja, Tatacara Membuat Pemeriksaan KKK dan Membuat Penilaian Risiko bagi aktiviti khas yang diberikan. Peserta kursus juga telah diberi pendedahan kepada membuat pemeriksaan KKK secara praktikal seterusnya membuat taklimat dapatan pemeriksaan secara berkumpulan yang mana termasuk dalam salah satu pemerkahan penilaian. Kesimpulannya, Kursus Penyelia Kesihatan dan Keselamatan Kerja ini bertujuan untuk menghasilkan anggota tentera yang berpengetahuan, berkemahiran dan kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Penyelia atau Pegawai KKK agar dapat menambah baik prestasi kesihatan keselamatan kerja dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Penyampaian Sijil kepada peserta kursus telah disempurnakan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat dan seterusnya merasmikan penutupan kursus.

91.jpg92.jpg93.jpg