Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS KURSUS MEMANDU LESEN KELAS 6 SESI 2023 DAN KURSUS MEMANDU LESEN KELAS 5 SIRI 1/2023

0.007.jpg

​PENANJONG GARISON, Jumaat, 08 September 2023 - Majlis Penutup Kursus Memandu Lesen Kelas 6 dan Kursus Memandu Lesen Kelas 5 Siri 1/2023 telah sempurna dilaksanakan pada hari ini bertempat di Pejabat Kenderaan, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Mejar Zulazri bin Gapor, Pegawai Memerintah, Kompeni Pentadbir, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai, PTB Kanan Jemputan, Sekolah Sarjan Mejar SPT IL ABDB dan Jurulatih-Jurulatih Cawangan Latihan Memandu, SPT IL ABDB.

Kursus Memandu Lesen Kelas 6 Sesi 2023 ini dikendalikan selama empat (04) minggu bermula dari 11 Ogos 2023 hingga 08 Sept 2023 yang dihadiri seramai sembilan belas (19) anggota yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Kementerian Pertahanan dan Rejimen Pasukan Khas.

Kursus Memandu Lesen Kelas 6 bertujuan untuk melayakkan peserta kursus Pemandu Kelas 5 ketaraf kelayakkan sebagai Pemandu Kelas 6.  Setelah menamatkan kursus dan telah lulus diiktiraf sebagai Pemandu Kelas 6, mereka haruslah mengetahui tatacara memandu kenderaan berat seperti berupaya mengawal kenderaan dengan baik dalam keadaan selamat, berupaya mengawal kenderaan dengan baik sewaktu berhenti secara serta merta, mempunyai kemahiran semasa menukar gear rendah ke gear tinggi dan berupaya memandu mengikut objektif peraturan memandu dengan baik dan betul.

Manakala, bagi Kursus Memandu Lesen Kelas 5 Siri 1/2023 dikendalikan selama empat (04) minggu bermula daripada 11 Ogos 2023 hingga 08 September 2023 yang dihadiri seramai tiga puluh tiga (33) anggota yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) dan Rejimen Pasukan Khas.

Kursus Memandu Lesen Kelas 5 bertujuan untuk melayakkan peserta kursus Pemandu Kelas 3 ketaraf kelayakkan sebagai Pemandu Kelas 5. Setelah menamatkan kursus dan telah lulus diiktiraf sebagai Pemandu Kelas 5, mereka haruslah mengetahui tatacara memandu kenderaan berat seperti berupaya mengawal kenderaan dengan baik dalam keadaan selamat, berupaya mengawal kenderaan dengan baik sewaktu berhenti secara serta merta, mempunyai kemahiran semasa menukar gear rendah ke gear tinggi dan berupaya memandu mengikut objektif peraturan memandu dengan baik dan betul.

Semasa majlis tersebut, Yang Mulia Tetamu Kehormat telah menyampaikan Sijil kepada peserta-peserta kursus dan seterusnya menyampaikan anugerah penuntut-penuntut terbaik. Bagi Kursus Memandu Lesen Kelas 6 Sesi 2023, Penuntut Terbaik Tatacara Memandu di sandang oleh 19283 Kpl Mohd Wafri Nahfis bin Jafri dari Pej Platun Kenderaan Batalion Kedua TDDB, Penuntut Terbaik Teori dan Penuntut Terbaik Keseluruhan di sandang oleh 50157 Lkpl Muhd Raimi bin Hj Roslan dari Pej Kend Pskn KBK TDDB. Manakala, bagi Kursus Memandu Lesen Kelas 5 Siri 1/2023, Penuntut Terbaik Tatacara Memandu di sandang oleh 50354 Lkpl Ruzaini bin Rosmali dari Woksyop Bolkiah, Penuntut Terbaik Teori dan Penuntut Terbaik Keseluruhan di sandang oleh 52214 Sld Mohd Hasbollah bin Ramli dari LAD TLDB.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dan diikuti dengan sesi bergambar ramai.

0.008.jpg

0.009.jpg0.010.jpg0.011.jpg