Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PENUTUP KURSUS KAEDAH MENGAJAR SIRI 1/2023

MOI 1.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 12 Mei 2023 – Majlis Penutup Kursus Kaedah Mengajar Siri 1/2023 yang dikendalikan oleh Cawangan Perkembangan Jurulatih, Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah sempurna dilaksanakan di Bilik Mahmud, Pusat Evolusi, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah 1329 Lt Adi Khairun Norimsan Binti Haji Kassim, Ketua Cawangan Teknologi Maklumat, Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Cawangan Perkembangan Jurulatih dan Jurulatih-jurulatih.

Kursus Kaedah Mengajar siri 1/2023 di laksanakan selama 03 minggu bermula pada 28 April 2023 hingga 19 Mei 2023 dan disertai oleh 11 orang anggota terdiri daripada 02 anggota Kementerian Pertahanan, 03 anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, 04 anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei, 01 anggota dari Institut Latihan Diraja Brunei dan 01 anggota dari Rejimen Pasukan Khas.

Para peserta kursus telah menjalani kursus selama 3 minggu. Di dalam tempoh tersebut, pelbagai ilmu dan kemahiran telah diterapkan oleh jurulatih bukan sahaja dalam bidang kaedah mengajar, malah juga dalam bidang perntadbiran dan persediaan sebelum mengajar yang dipertanggungjawabkan sebagai jurulatih yang berkebolehan. Tambahan lagi kursus ini telah membuka ruang, peluang dan nilai tambah kepada peserta kursus terhadap kefahaman tentang tugas dan dipertanggungjawab terutama dalam bidang kejurulatihan. Selain itu, ia juga berupaya untuk melatih dan membina kemahiran peserta kursus yang berkualiti, responsif dan proaktif serta mampu berfikir di luar kotak dalam membuat perancangan dan keputusan yang efisien.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Mulia 50086 Kpl Muhammad Amal Fakhri Bin Othman dan kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada penuntut terbaik dan diteruskan dengan ucapan Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis.

Penuntut Terbaik Teori disandang oleh 16616 Bint Haji Mohammad Arif Bin Awang Haji Ibrahim. Manakala, Penutut Terbaik Latihan Mengajar disandang oleh 18315 Sjn Mohammad Irwandy @ Mohammad Asrul Bin Malik. Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 50224 Kpl Asmizaranney Bin Gorge Michel. ​


MOI 2.jpg 


moi 3.jpg 


MOI 1.jpg