Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS ASAS PEGAWAI LOGISTIK SESI 2022

13.jpgPENANJONG GARISON, Isnin, 20 Mac 2023 – Majlis Pembukaan Kursus Asas Pegawai Logistik Sesi 2022 telah berlangsung di Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Hadir merasmikan majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel (U) Pengiran  Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir ialah Ketua Cawangan Latihan Logistik serta Jurulatih-jurulatih Kanan Cawangan Latihan Logistik.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat. Dalam ucaptama beliau, kursus akan dijalankan sepanjang 7 minggu dan tujuan kursus ini adalah untuk membekalkan pegawai-pegawai dengan asas kemahiran serta pengetahuan dan pemikiran sebagai seorang pegawai logistik. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Seramai 28 Pegawai menghadiri kursus ini yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei dan Kementerian Pertahanan.

Di penghujung kursus ini, peserta kursus diharapkan akan mendapat manfaat dengan memperolehi kefahaman yang lebih mendalam dan berkemampuan untuk meningkatkan lagi dalam pengendalian terutama sekali dari segi aspek logistik di dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 

2.JPG

THE OPENING CEREMONY OF THE BASIC LOGISTIC OFFICER COURSE 2022 

PENANJONG GARRISON, Monday, 20 March 2023 – The Opening Ceremony of the Basic Logistics Officer Course 2022 was officiated by the Commanding Officer of Military Trade School, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), Yang Mulia Lieutenant Colonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, at the Logistic Training Wing, School of Military Trade, TI RBAF. Also present were the Head of Logistic Training Wing and Senior Instructors.

The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the opening remarks by the Guest of Honour. In his speech, he mentioned that this course would be a 7 weeks course to provide the officers with the basic necessary knowledge, skills and attitude to be a logistics officer. The event concluded with a group photo session.

A total of 28 Officers will be attending this course which comprises of officers from the Royal Brunei Land Force, Royal Brunei Air Force and Ministry of Defence. 

By the completion of the course, the course participants is expected to have aquired a greater understanding and have enhance knowledge on logistical aspect which will contribute to the improvement of the logistic standards for the Royal Brunei Amed Forces as a whole.