Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

UPACARA SERAH TERIMA TUGAS SARJAN MEJAR KAWAD

PENANJONG GARISON, Isnin, 09 Januari 2023 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Kawad (SMK) IL ABDB bertempat di Bilik VVIP, Markas IL ABDB, Penanjong Garison.   

Hadir bagi menyaksikan majlis tersebut adalah jemputan-jemputan khas, Sekolah Sarjan Mejar (SSM) dan Kompeni Sarjan Mejar (KSM) unit-unit IL ABDB.   Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan kemudian diteruskan dengan memberi Tabik Hormat kepada Ejutan IL ABDB. Majlis seterusnya diikuti dengan menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Kawad IL ABDB di antara 12441 PW2 Roslan bin Jaineh dan 14801 PW2 Kairul bin Haji Abd Rahman.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup dan bergambar ramai.